MENERIMA sebuah penghargaan yang memberi satu gelaran bukanlah alasan buat pelakon Datuk Eman Manan mengubah keperibadian menjadi seorang individu berbeza.
Malah, kata Eman atau Abdul Manan Embong, 68, pemilihan watak dalam lakonan juga tidak mempengaruhi statusnya yang kini bergelar Datuk.
“Satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada saya dan syukur. Saya terima bukan kerana perkara yang akan datang tetapi apa yang telah berlaku.

Eman dikurniakan gelaran Datuk atas jasa dalam dunia lakonan.






