PENYANYI Faizul Sany meluahkan rasa terharu apabila mendapat respons segelintir pihak yang berbesar hati mahu membantu meringankan beban menanggung kos terapi untuk anaknya iaitu Noah.
Faizul, 41, tidak menyangka muncul gerakan di media sosial menggesa orang ramai mengundinya dalam program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) bagi mendapatkan Anugerah Glam Alha Alfa yang membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM2,000 setiap minggu.
“Terkejut bila ramai yang tulis nama saya di Threads. Apa yang saya faham mereka nak undi sampai saya terima anugerah itu supaya dapat belanja untuk terapi Noah.

Ramai yang berbesar hati mahu membantu Noah.





