PELAKON Sharifah Haneesya meminta agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan gelaran Dewi Remaja iaitu sebuah pertandingan yang pernah disertai pada edisi 2018/2019.
Meskipun pernah menyandang gelaran juara sebelum kemenangan itu ditarik semula, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, memberitahu dia kini mahu lebih dikenali menerusi perkembangan kerjaya selepas namanya dikenali.
“Ada satu benda yang saya nak minta jasa baik semua. Kalau boleh tolong berhenti kaitkan saya dengan DR (Dewi Remaja) lagi. Gelaran itu dah bukan milik saya sebab ditarik semula. Kedua, saya bukan remaja lagi. Saya cuma nak move on.

Haneesya mahu terus berkongsi kejayaan dalam dunia seni.






