PELAKON Farid Kamil mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang wanita di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Foto yang dirakam ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) pada Sabtu lalu itu disertakan dengan kapsyen romantis seolah-olah memberi bayangan mengenai soal hati.
Menerusi hantaran tersebut, Farid atau Farid Kamil Zahari, 45, menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak pernah dirancang namun seperti sudah lama tertulis dalam takdir.

Ramai mendoakan supaya Farid Kamil bertemu jodoh kembali.






