FILEM Khadam terbitan Red Communication dan Komet Production mencatat kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Dengan 12 pencalonan, filem arahan Shamyl Othman ini membawa pulang sembilan trofi termasuk anugerah utama iaitu Filem Terbaik.
Menerusi kategori tersebut, Khadam menewaskan empat calon lain iaitu Macai, Mother Bhumi, Malam Terlarang dan Abah Saya Uncle Mike.

Khadam memenangi 9 anugerah daripada 12 pencalonan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Malah Shamyl sendiri mencatat kemenangan bermakna dengan membawa pulang trofi bagi kategori Pengarah Terbaik.
Pemenang Filem Terbaik turut membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta daripada Kementerian Komunikasi.
Sementara itu, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Shaheizy Sam menerusi filem Badak dan Aina Amrom menyandang Pelakon Wanita Terbaik, juga daripada filem sama.
ARTIKEL BERKAITAN: FFM35 malam ini rai semangat perpaduan dalam sinema Malaysia, lima filem ungguli pencalonan
ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam enggan berharap menang FFM35, terpulang selera juri – "Belum tahu siapa dapat"
Malam kemuncak FFM35 diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasipnal Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
FFM35 turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Hazama, Marsha Milan, Kaka Azraff dan kumpulan Alpha.

Shaheizy Sam dan Aida memenangi Pelakon Filem Terbaik FFM35.
Pembukaan FFM35 dimulakan dengan persembahan puisi oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
Bertemakan Spektrum Sinema, FFM35 yang disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam di TV2 RTM serta laman YouTube rasmi FINAS.
Anugerah berprestij itu dihoskan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson.
Bagi edisi kali ini, sebanyak 73 karya menyertai FFM35 yang merangkumi 39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek.
Pemenang 28 kategori menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas Karyawan dan Anugerah Khas Sepanjang Zaman menerima RM10,000 dan trofi.

Amierul Aiman dan Aila Azizul memenangi Pelakon Harapan FFM35.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM35:
Filem Terbaik – Khadam
Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)
Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)
Cerita Asal Terbaik – Sun-J Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)
Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)
Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ezarra Nurzhaffira (Khadam)
Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike)
Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1 – Ahmad Yatim
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2 – Fauziah Ahmad Daud
Anugerah Khas Karyawan – Panchacharam Nalliah (Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia)
Anugerah Khas Juri 1 – Aghniny Haque (Khadam)
Anugerah Khas Juri 2 – (Badak)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)
Anugerah Khas Filem Box Office – Papazola The Movie (Monsta Studio)
Poster Terbaik – Blues
Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)
Tatarisa/Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)
Anugerah Filem Pendek Terbaik – Salted Fish (Kapsul Studio)
Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin (Kayu Malam Productions)
Lagu Tema Terbaik – Tak Berlagu (Khadam)
Penataan Muzik Terbaik – Soo Yuen Yiet (Khadam)
Skor Muzik Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)
Penataan Seni Terbaik – Soon Yuet Yiet (Mother Bhumi).
Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)
Penyunting Terbaik – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)
Aksi & Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)
TONTON VIDEO PILIHAN!





