Sukan

Azizulhasni bawa nama UKM ke Olimpik Los Angeles 2028, dilantik jadi Duta Global

MEMBAWA nama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke pentas dunia, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilantik sebagai Duta Global universiti berkenaan sehingga Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Menerusi kerjasama strategik itu, UKM turut menjadi penaja utama atlet yang lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkenaan, dengan logo universiti bakal tertera pada jersi dipakainya ketika menyertai kejohanan antarabangsa.

Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sufian Jusoh berkata, pemilihan Azizulhasni berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam bidang sukan serta pengaruh dan reputasi antarabangsa dimiliki atlet berkenaan mampu membantu memperkenalkan nama UKM kepada masyarakat dunia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh