SELEPAS tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai lepasan sekolah memilih untuk bekerja sementara menunggu peluang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.
Selain menambah duit poket untuk menampung perbelanjaan di universiti, kerja sambilan juga membantu mereka mengumpul pengalaman awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
Bagi sesetengah individu, rutin itu diteruskan walaupun sudah bergelar mahasiswa.






