BAHARU sahaja dilihat saling memberikan kata-kata sokongan antara satu sama lain, pelakon Puteri Balqis tampil mendedahkan sisi berbeza aktres Che Puan Sarimah Ibrahim yang didakwa tidak diketahui umum.
Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, mendakwa Sarimah pernah memberikan kata-kata semangat kepadanya menerusi mesej peribadi (DM), namun bersikap berbeza apabila berada di hadapan khalayak.
Menurut Aqish, dia berharap Sarimah turut mendedahkan perbualan peribadi mereka supaya orang ramai dapat mengetahui sisi lain aktres itu.

Hantaran yang dibuat Aqish buat Sarimah.






