TERUS membina kerjaya sebagai usahawan, pelakon Reen Rahim memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni yang sudah sebati dalam dirinya.
Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 42, dia juga tidak pernah menolak tawaran berlakon dan sentiasa terbuka jika diberi peluang untuk kembali ke lokasi penggambaran.
“Allah yang pilih jalan untuk saya sekarang sebagai usahawan. Sekiranya Allah bawa saya melalui kembali rezeki untuk berlakon, maka berlakonlah saya. Saya tidak pernah berhenti dan tidak akan berhenti.

Reen terbuka menerima watak yang sesuai untuknya.






