PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac, bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga merupakan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong pada Jun tahun depan.
Hans, 55, memberitahu mereka sudah mengikat tali pertunangan di Paris, Perancis beberapa minggu lalu, namun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan.
Berkongsi cerita bahagia itu, Hans berkata Francisca pada awalnya langsung tidak menyedari kejutan yang dirancangnya memandangkan perjalanan mereka ke Paris adalah atas urusan kerja.

Hans kongsi detik bahagia melamar Francisca.






