PENGINAPAN di inap desa atau homestay sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila bercuti bersama seisi keluarga.
Namun, lain pula kisahnya bagi sebuah keluarga apabila mereka berdepan pelbagai peraturan ketat sepanjang menginap di sebuah inap desa di Perak baru-baru ini.
Menerusi perkongsian seorang lelaki di Threads, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pemilik inap desa tersebut yang didakwa terlalu banyak menetapkan peraturan kepada penghuni.
Penginapan inap desa boleh menjadi pengalaman buruk sekiranya pemilik menetapkan pelbagai syarat ketat buat penghuni. -Gambar hiasan AI





