Hiburan

Tiba-tiba batuk teruk, Faizal Ramly jatuh sakit menjelang minggu kedua GV Fantasia

SUSULAN masalah kesihatan yang dialami, penyanyi Faizal Ramly berasa gusar jika keadaan itu mengganggu persembahannya di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) untuk konsert minggu kedua, Ahad ini.

Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 42, dalam masa sama enggan menghampakan peminat memandangkan program tersebut baru sahaja berlangsung.

“Memang susah hati, GVF baru sahaja bermula tapi dah datang demam. Macam-macam perasaan datang, saya kena fikir bagaimana nak nyanyi nanti.

Faizal perlu mendapatkan rawatan susulan jika belum pulih dalam tempoh terdekat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh