PENYANYI Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi individu pengutip hutang yang didakwa mencari bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Berkongsi kejadian itu di Instagram miliknya, Nubhan, 40, menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan demi keselamatan diri dan anak-anak.
“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri, saya mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini.

Nubhan menunjukkan situasi rumahnya didatangi pengutip hutang.






