CARA pemeriksaan ketika anggota penguat kuasa menjalankan operasi mencegah maksiat terus menjadi perhatian umum, terutama apabila ia membabitkan aurat individu yang diperiksa.
Rata-rata berpandangan agar anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan penuh tertib dan berhemah bagi mengelakkan timbulnya persoalan mengenai cara mereka mengendalikan situasi, termasuk ketika memeriksa pasangan yang disyaki berkhalwat.
Perkara sama turut dibangkitkan seorang pengguna Threads yang meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan beberapa anggota menyuluh ke dalam kereta ketika individu di dalamnya didakwa masih belum berpakaian sempurna.

Pasangan yang ditangkap khalwat perlu berpakaian lengkap sebelum disoal siasat anggota penguatkuasa. -Gambar hiasan AI





