PELAWAK Amir Raja Lawak dilaporkan bakal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Perkembangan mengenai kesihatan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37 itu dikongsikan oleh rakan pelakon, Lando Zawawi menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Selasa.
Menerusi hantaran tersebut, Lando memohon jasa baik orang ramai serta kenalan yang mengenali pelawak itu untuk mendoakan agar urusan rawatan dipermudahkan dan segera diberikan kesembuhan.

Hantaran Lando di Threads.





