TIADA manusia di dunia ini terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan dalam kehidupan.
Namun apabila keinsafan menjentik dalam diri, tidak semua perjalanan untuk berubah ke arah kebaikan itu berjalan lancar.
Itu yang sedang dialami seorang pemuda ini yang berdepan ujian berat apabila dia disahkan menghidap HIV.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Bulan Ogos dikesan hidap HIV, bulan September mula makan ubat.

Pesakit seharusnya konsisten menjalani rawatan agar penyakit dapat dikawal dan dipulihkan. -Gambar hiasan AI
“Saya sudah berhenti melakukan hubungan seksual dari bulan Mac sebab trauma dan menyesal atas tindakan saya.
“Saya juga sudah bertaubat dan tidak mahu ilang kesalahan itu,” luahnya menerusi perkongsian di Threads.
Namun ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pemuda itu memberitahu dia sekali lagi diuji dengan penyakit berbeza yang nyata memberi kesan mendalam terhadap emosinya.
“Minggu lepas saya dapat pula penyakit HPV (ketuat kemaluan) dekat bahagian anus.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu mak ayah susah hati, pemuda hidap HIV simpan rahsia hampir 10 tahun – "Ini kesilapan aku sendiri"
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terkejut remaja kena HIV umur 15 tahun tak insaf, makin ligat seks songsang – "Datang dengan cecair putih di penis"
“Ya Allah dugaan. Tiba-tiba muncul pula yang lain. Ya Allah, saya tak nak masuk neraka. Tak boleh patah balik,” kongsinya lagi.
Sambungnya lagi, buat masa ini dia belum mempunyai keberanian berkongsi keadaan kesihatannya dengan ahli keluarga.
Malah dia tidak dapat membayangkan jika perkara tersebut sampai ke telinga keluarga apatah dua orang kakaknya bekerja dalam bidang kesihatan.
“Seorang pun tak tahu! Kakak saya seorang jururawat, seorang lagi doktor. Kalau mereka tahu, habislah saya,” ujarnya.
- Seorang pemuda berkongsi dirinya disahkan menghidap HIV tiga bulan lalu.
- Dia mengakui sudah berhenti melakukan hubungan seksual sejak Mac kerana trauma dan menyesali perbuatan silam.
- Lebih menyedihkan, terbaharu dia turut disahkan menghidap HPV sehingga mengalami ketuat di bahagian dubur.
- Pemuda itu mengakui belum berani memberitahu keluarga mengenai keadaan kesihatannya.
- Warga maya menasihatinya supaya tidak berputus asa serta mendapatkan sokongan keluarga dalam menghadapi ujian tersebut.
Sementara itu, warga maya menitipkan kata-kata semangat buat pemuda tersebut agar dia tidak berputus asa selain mengingatkan bahawa peluang berubah dan memperbaiki diri itu sentiasa terbuka.
Ada menyarankan agar pemuda itu mendapatkan sokongan daripada individu dipercayai dan tidak memendam masalah seorang diri.
“Janganlah berahsia dengan keluarga bab penyakit dan mereka perlu tahu. Setidak-tidaknya mereka boleh beri semangat dekat awak.
“Keluarga adalah tempat terbaik untuk meluah. Awal-awal memang kena ‘smash’ dulu tapi insya-Allah merekalah yang akan berusaha tengok awak terus sihat,” antara komen netizen.





