PENYANYI Auddra mengalami sedikit rasa trauma susulan insiden didekati seorang peminat lelaki yang bertindak agresif sewaktu menemuinya sebelum ini.
Auddra atau nama penuhnya Auddra Zulkifli, 17, berkata, perkara itu memberi pengajaran bermakna buat dirinya sehingga membuatkan dia lebih berwaspada setiap kali meluangkan masa bersama peminat.
"Sejujurnya selepas insiden itu memang saya berasa agak trauma sedikit. Disebabkan itulah kadang-kadang sekarang ini saya lebih menjaga batasan dengan peminat.







