Viral

Wanita tak selesa mata pelawat lelaki ‘meliar’ di wad bersalin, minta para suami tundukkan pandangan – “Aurat orang jangan tengok”

PROSES melahirkan bayi merupakan pengalaman cukup menyakitkan buat seorang wanita dan tubuh mereka berada dalam keadaan lemah selepas bersalin dan memerlukan masa untuk berehat.

Namun suasana di wad bersalin yang sepatutnya menjadi ruang untuk ibu mendapatkan rawatan dan berehat ada kalanya boleh menimbulkan rasa kurang selesa terutamanya ketika waktu melawat.

Perkara itu dibangkitkan seorang wanita yang meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa segelintir lelaki yang melawat isteri mereka didakwa gemar memerhatikan keadaan sekeliling termasuk pesakit wanita lain.

Wanita yang baru selesai melahirkan bayi memerlukan rawatan dan rehat mencukupi. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh