SEBAGAI ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi apabila persekitaran tempat mereka menimba ilmu mula mendatangkan rasa tidak selesa dan membimbangkan.
Itulah yang dirasai seorang ibu apabila dia akhirnya nekad menghentikan anak perempuannya daripada terus mengikuti kelas tuisyen di rumah seorang guru.
Keputusan itu terpaksa diambil selepas dia mendapati bapa kepada guru terbabit sering berada di ruang tempat anak-anak murid belajar.

Maklum balas daripada ibu bapa murid dapat membantu guru tuisyen meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. -Gambar hiasan AI
Lebih menambah rasa kurang selesa, lelaki terbabit juga didakwa tidak memakai baju apabila berada di kawasan berkenaan.
“Ada kalanya dia duduk di situ atau lalu-lalang, dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai kain pelikat.





