Viral

Tak sedar diri cuma pendatang, wanita ajar dua ‘Karen’ biadab tinggal di Mont Kiara… Terus berubah riak wajah!

PEPATAH ada menyebut, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Tak kira dari mana kita berasal, adab serta rasa hormat terhadap masyarakat setempat sewajarnya sentiasa diutamakan.

Namun, lain pula kisah dikongsikan seorang wanita ini yang berdepan situasi kurang menyenangkan apabila bertembung dengan wanita kulit putih ketika berkunjung ke kediaman rakan sekerjanya di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di media sosial, wanita berkenaan mendakwa disapa dengan soalan berbaur sindiran daripada warga asing terbabit sewaktu dalam perjalanan ke rumah rakan sekerjanya.

“Sekarang baru saya faham cerita orang ramai tentang segelintir warga asing di Mont Kiara yang suka memandang rendah terhadap penduduk tempatan.

“Kisah ini berlaku sewaktu saya melawat rumah rakan sekerja di sana. Tiba-tiba saya terserempak dengan dua wanita Eropah yang dipercayai warga British berdasarkan loghat mereka.

“Mereka pandang saya dari atas ke bawah sebelum bertanya… awak tinggal di sini ke? Awak orang tempatan ke?” kongsinya dalam satu hantaran di Threads.

Pelancong sewajarnya menunjukkan adab serta rasa hormat terhadap masyarakat setempat apabila berkunjung ke sesebuah negara. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh