SUDAH lama tidak muncul di televisyen atau layar perak, pelakon veteran Norlia Ghani mengakui bimbang jika namanya dilupakan peminat.
Justeru itu, Norlia atau nama lengkapnya Norlia Abdul Ghani, 78, berkata penghargaan yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membuatkan dirinya berasa masih diingati dan sumbangan lakonannya selama ini terus dihargai.
"Biasanya apabila sudah lama muka tidak keluar di TV atau filem, orang akan lupa. Jadi, apabila menerima penghargaan daripada Finas, saya rasa orang masih ingat dan menghargai lakonan saya selama ini.

Norlia masih terima tawaran lakonan.







