ADAB ketika bertandang ke rumah orang perlu sentiasa dijaga dengan menghormati tuan rumah serta memahami batas privasi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ruang peribadi.
Seorang wanita berdepan situasi kurang menyenangkan apabila adik iparnya didakwa terlalu berlebihan dan mencampuri urusan rumahnya setiap kali datang berkunjung bersama keluarga mentua.
Menurut wanita itu, adik iparnya bukan sahaja datang beramai-ramai, malah turut menentukan siapa yang layak tidur di bilik tidur utama.

Biasanya tuan rumah akan menyediakan bilik kepada tetamu yang ingin bermalam. -Gambar hiasan AI





