PELAKON Ashraf Muslim menyifatkan kehadiran cahaya mata keenam, Affan Ashraf yang dilahirkan pada 19 September lalu sebagai rezeki dan amanah baharu yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab.
Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 45, berkata pertambahan cahaya mata membuatkan dia semakin menyedari besarnya tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam membesarkan anak-anak.
“Alhamdulillah, 19 September lahirlah seorang lagi permata hati kami, Affan Ashraf.







