MENCARI pekerjaan bukan sekadar mengejar jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik, malah soal gaji turut menjadi pertimbangan penting bagi pencari kerja.
Namun, ada kalanya jumlah yang ditawarkan jauh panggang daripada api berbanding jangkaan, sekali gus membuatkan calon dalam dilema lebih-lebih lagi ketika sedang memerlukan pekerjaan.
Itulah situasi pahit dialami seorang lelaki apabila berkongsi pengalaman menghadiri temu duga bagi jawatan jurutera tapak di sebuah syarikat, sebelum ditawarkan gaji bulanan hanya RM1,700 tanpa sebarang elaun.






