SEJAMBAK bunga sering menjadi pelengkap hari konvokesyen sebagai tanda penghargaan buat graduan selepas bertahun-tahun berusaha menamatkan pengajian.
Namun, apabila terlalu mengharapkan sambutan seperti orang lain, ada kalanya kehadiran insan tersayang bagi meraikan kejayaan itu terlepas daripada perhatian.
Begitulah penyesalan mendalam yang terbuku di hati seorang individu apabila mengimbau semula sikapnya pada majlis graduasi kira-kira 10 tahun lalu.
Menurutnya, hanya disebabkan tidak menerima sejambak bunga, dia terlepas peluang untuk benar-benar menghargai pengorbanan dan kehadiran orang tuanya pada hari berharga itu.

Seorang ayah pasti berasa sedih apabila tidak dapat memberikan jambangan bunga buat anaknya selepas majlis graduasi. -Gambar hiasan AI
“Keluarga aku B40 dan daripada pedalaman, masa itu hanya seorang sahaja yang boleh masuk dewan ketika majlis berlangsung.






