Hiburan

Shiha Zikir tolak hadiah mewah sempena ulang tahun ke-39, hanya mahu ibu kembali sihat

PENYANYI Shiha Zikir tidak mengharapkan hadiah mewah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, sebaliknya hanya mengimpikan ibunya, Rohana Ibrahim, kembali sihat seperti sediakala.

Shiha atau nama Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata kesihatan ibunya menjadi doa dan harapan paling besar buat dirinya pada tahun ini, lebih-lebih lagi selepas Rohana, 68, mengalami masalah kesihatan sejak September lalu.

Menurut Shiha, dia tersentuh menerima ucapan hari lahir daripada orang ramai, namun jauh di sudut hatinya hanya mengharapkan kesembuhan buat insan yang menjadi sumber kekuatan hidupnya itu.

Shiha meluahkan rasa sebak ketika ditemui media.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh