PELAKON Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir netizen yang bertindak pilih kasih dalam memboikot artis.
Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, menyuarakan perkara tersebut apabila netizen melakukan gerakan boikot terhadap pelakon Zahirah MacWilson susulan kenyataannya sebelum ini.
“Sekali lagi apabila perempuan yang buat salah, sampai bila-bilalah korang akan ingat dia punya salah. Sedangkan sudah minta maaf berkali-kali.







