URUSAN kewangan sering menjadi punca perselisihan faham dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila suami isteri mempunyai pandangan berbeza tentang perbelanjaan harian mahupun aktiviti riadah.
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya yang didakwa mempunyai simpanan sehingga ratusan ribu ringgit enggan mengeluarkan wang untuk percutian keluarga.
Menerusi luahannya, wanita berkenaan mendakwa suaminya sering menganggap aktiviti percutian sebagai pembaziran, malah enggan mengeluarkan modal walaupun untuk perbelanjaan yang minimum.

Saling memahami dan bertolak ansur penting agar tiada pasangan yang berasa terpinggir dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI





