MEMULAKAN konsert dengan sapaan mesra kepada peminat, kemunculan penyanyi Jason Mraz disambut dengan sorakan apabila dia memulakan Asia Live Tour 2026: Live in Kuala Lumpur dengan lagu berjudul You And I Both.
Lebih membuatkan peminat teruja apabila Mraz bijak melayan penonton yang hadir dengan ucapan ‘apa khabar?’ dan ‘terima kasih’ ketika awal konsert yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Sewaktu persembahannya, penyanyi ini turut menjentik emosi penonton dengan sebuah lagu istimewa buat sahabatnya, Charlie Mingroni yang juga seorang pejuang kanser.

Setiap lagu Jason Mraz membawa makna tersendiri buatnya.





