MAKANAN yang dijual di kantin sekolah biasanya mengenakan harga lebih rendah dan berpatutan kepada pelajar.
Hal itu sedikit sebanyak membantu ibu bapa dalam soal perbelanjaan anak di sekolah terutamanya kepada mereka yang tidak sempat menyediakan bekal.
Namun seorang pengusaha kantin kesal apabila ada menganggap harga sepinggan nasi ayam RM3 sebagai mahal dan membebankan pelajar ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Hidangan makan dan minum di kantin sekolah kebiasaannya dijual pada harga berpatutan. -Gambar hiasan AI




