PENGARAH filem Kudrat 1968: High Council, Zulaika Zakaria menyifatkan pelbagai teori dan reaksi penonton terhadap karya arahannya sebagai petanda positif kerana ia berjaya mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat.
Zulaika berkata, perbezaan pandangan serta teori yang dibincangkan penonton membuktikan karya berkenaan berjaya menarik perhatian dan mendapat respons daripada khalayak ramai.
Bagaimanapun, dia mengakui bukan mudah untuk memenuhi jangkaan semua pihak, lebih-lebih lagi apabila penonton sudah mempunyai imaginasi dan jangkaan tersendiri terhadap jalan cerita.






