MENDAPAT ketua yang baik bukan sahaja memudahkan urusan harian di pejabat, malah mampu membentuk sikap dan cara seseorang pekerja melihat persekitaran kerjanya.
Seorang tampil lelaki berkongsi pengalaman memiliki bekas majikannya yang gemar menguji sikap kakitangan dengan pendekatan luar jangka.
Menurut lelaki itu, bekas majikannya pernah menguji keprihatinan pekerja dengan membuang sehelai tisu di dalam pejabat.

Ada segelintir majikan gemar bermesyuarat dengan perkara yang dianggap remeh oleh pekerja. -Gambar hiasan AI




