LAZIMNYA isu suami ketagihan menonton video lucah sering menjadi tumpuan dan kekecewaan para isteri yang berkecil hati dengan tabiat pasangan masing-masing.
Namun, situasi di media sosial baru-baru ini meruntun perhatian ramai apabila seorang wanita berterus- terang mengaku dia sendiri terjebak dan merana akibat ketagihan buruk yang sama.
Tidak hanya itu, dia turut meluahkan rasa serba salah apabila membaca perkongsian golongan isteri yang bersedih selepas mengetahui suami mereka menonton bahan lucah.

Suami isteri perlu saling berkomunikasi bagi mengatasi masalah dihadapi. -Gambar hiasan AI




