PELAKON Nadhir Nasar tidak mengambil hati apabila ada segelintir netizen melabelkan dirinya berwajah masam, malah menyifatkan penampilannya seperti tidak mandi.
Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata setiap individu mempunyai perspektif dan cita rasa berbeza, justeru dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan negatif orang lain terhadap dirinya.
"Saya tak kisah, setiap orang ada perspektif masing-masing tentang perkara yang ingin mereka lakukan. Kalau seorang cakap ‘masam’, sembilan lagi suka, jadi kenapa nak fokus kepada seorang sahaja?

Nadhir tenang dengan komen netizen.






