Viral

Terkilan dituduh goyang kaki, disuruh cari kerja lain… Doktor hospital kerajaan jawab rungutan pesakit kena ‘sidai’ 5 jam

TINDAKAN seorang pesakit yang meluahkan kemarahan akibat terpaksa menunggu sehingga lima jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth, Sabah mendapat perhatian seorang pegawai perubatan di hospital berkenaan.

Ia susulan hantaran pengadu di Threads yang mempertikaikan kualiti perkhidmatan hospital kerajaan ketika kunjungannya pada 21 Oktober lalu sehingga membiarkan warga emas menunggu lama dan tertidur menjadi tular di media sosial.

Tampil memberikan penjelasan, Dr Grace Ak Ason yang bertugas di bilik konsultasi Zon Hijau pada hari kejadian meluahkan rasa terkilan apabila usaha keras petugas kesihatan kerap dibalas dengan herdikan, kata-kata kesat serta tuduhan melulu daripada segelintir pesakit.

Krisis kekurangan doktor di Sabah dilapor semakin meruncing sehingga menjejaskan tahap perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut. -Gambar hiasan AI

Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja dituduh bekerja secara tidak ikhlas, malah turut disuruh meletakkan jawatan sekiranya tidak tahan dengan bebanan tugas.

“Antara kata-kata yang dilemparkan adalah… buat kerja tak ikhlas, siapa suruh jadi doktor, sendiri yang pilih jadi doktor, hadap saja la dan kalau tahu jadi doktor tu penat, resign saja la!

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh