BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan kecederaan pada bahagian wajahnya akibat insiden terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara semakin pulih dan tidak mempunyai sebarang komplikasi serius.
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, bagaimanapun memberitahu kesan lebam pada wajahnya masih memerlukan masa untuk benar-benar pulih berikutan keadaan kulitnya yang sensitif.
“Alhamdulillah muka saya dah makin beransur pulih, lebam sikit lagi nak hilang sebab kulit saya ini jenis sensitif. Kalau lebam biru itu ambil masa lama nak hilang.

Siti sebelum ini berkongsi punca kesan lebam pada wajahnya ketika Konsert Gema Bumantara.






