PELUANG pekerjaan sepatutnya terbuka kepada sesiapa sahaja selagi calon memenuhi syarat yang ditetapkan, namun faktor usia nampaknya masih menjadi benteng penghalang buat sesetengah individu.
Situasi itu turut dialami seorang wanita berusia 56 tahun yang meluahkan rasa terkilan selepas permohonannya ditolak mentah-mentah sewaktu menghadiri sesi temu duga di sebuah pasar raya tempatan.
Menurut wanita berkenaan, dia sebenarnya sudah memaklumkan usianya terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sebelum hadir ke sesi temu duga seperti yang dijadualkan iaitu pukul 3 petang.

Diskriminasi usia dalam pekerjaan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada individu yang masih berkemampuan untuk bekerja. -Gambar hiasan AI





