KEMENANGAN pelakon Harun Hashim mengungguli trofi Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) mendapat pujian ramai termasuk rakan artis, aktres Fauziah Ahmad Daud.
Kata Fauziah atau mesra disapa Ogy, 64, pengiktirafan tersebut adalah yang selayaknya buat Harun selepas sekian lama pelakon itu melibatkan diri dalam dunia seni.
“Bakat sejati tak pernah menipu hasil. Terlalu lama industri meletakkan beliau di belakang, malah sering kali bakat besarnya dipandang sepi dan tidak dihargai sewajarnya,” tulis Ogy dalam satu hantaran di Threads.

Ogy memuji kredibiti Harun.






