SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di sekolah, termasuk ketika menggunakan perkhidmatan van atau bas bagi urusan pergi dan balik.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila anaknya didakwa tercicir daripada menaiki van sekolah gara-gara diminta mengisi air ke dalam botol minuman milik seorang guru.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata, kejadian berkenaan hanya disedari selepas pengusaha pusat transit memaklumkan bahawa anaknya tidak tiba di pusat berkenaan seperti biasa.

Ibu bapa perlu mengambil tahu segala masalah yang berlaku pada anak ketika belajar di sekolah. -Gambar hiasan AI





