DAKWAAN filem Kudrat 1968: High Council menggalakkan budaya buli bukan gambaran sebenar mesej yang mahu disampaikan pengarahnya iaitu Zulaikha Zakaria.
Zulaikha berkata isu buli sering dikaitkan dengan siri High Council sejak awal pembikinannya kerana paparan visual dalam naskhah berkenaan dilihat dekat dengan realiti yang berlaku di sekolah.
Zulaikha bagaimanapun menjelaskan memastikan setiap babak keganasan yang dipaparkan dalam filem berkenaan mempunyai kesan serta balasan yang boleh dijadikan pengajaran kepada penonton.








