VOKALIS kumpulan Teacher’s Pet, Maman kembali bertemu jodoh apabila selamat disatukan dengan pengurusnya iaitu Wahayu Wahab pada 17 September lalu.
Tidak menyangka akan kembali berkahwin, Maman atau Rosman Lamri, 57, hanya bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang wanita buatnya selepas kematian isteri iaitu Allahyarham Faizah Mohamed Amin yang meninggal dunia pada September 2024.
“Ini kuasa Allah. Setahun saya tak keluar rumah (lepas isteri meninggal dunia). Kita kena lalu juga kehidupan ini.

Maman berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






