ORANG tua-tua selalu berpesan, jalan untuk seorang isteri pikat hati suami adalah melalui perutnya.
Memasak untuk suami sebenarnya tidak perlu lauk mewah atau resipi yang rumit sebaliknya hidangan ringkas dengan penuh kasih sayang sudah memadai.
Namun seorang lelaki meluahkan rasa terkilan dengan sikap isterinya yang tidak menyediakan makanan ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan penat dan lapar selepas seharian bekerja.






