TIADA situasi bermasam muka atau layanan berbeza, pelakon Ruhainies memberitahu rakan artis masih melayannya secara profesional meskipun dia pernah terpalit kontroversi.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata setakat ini dia tidak pernah berdepan pengalaman buruk atau menerima layanan negatif daripada mana-mana rakan industri.
Kata Ruhainies, dia percaya setiap penggiat seni mampu bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan kerja dengan hal peribadi.

Ruhainies mahu memberi fokus kepada kerjaya seni dan diri sendiri.






