MEMILIKI kereta pertama hasil titik peluh sendiri pastinya menjadi detik paling bermakna buat seseorang, apatah lagi selepas bertahun-tahun berusaha mengumpul wang demi merealisasikan impian tersebut.
Bagi sesetengah orang, membeli kereta mungkin perkara biasa.
Namun bagi mereka yang mengharungi pelbagai kesukaran sebelum mampu memilikinya, kenderaan pertama itu melambangkan sebuah pencapaian besar dalam kehidupan.






