BERSAING sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Zahid Baharudin memberitahu penyertaan kali ini juga sebagai langkah untuk terus mengembangkan kerjaya seni.
Malah, menurut Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 46, dia juga mengambil peluang menyertai program tersebut disebabkan perjalanan kerjaya nyanyian yang kurang menyerlah.
“Peluang ini saya ambil untuk meneruskan perkembangan karier seni sebagai penyanyi yang lama menyepi,” katanya dalam satu hantaran di Threads.

Zahid bakal beri saingan dalam GVF.






