PELAKON dan penyanyi Wanns Ahmad mengakui berada di fasa terendah dalam karier seni apabila sudah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran lakonan.
Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 35, berkata situasi itu memaksanya menjual beberapa lensa kamera kesayangan bagi menyelesaikan komitmen bulanan.
Menurutnya, hasil jualan dua hingga tiga lensa kamera bernilai ribuan ringgit itu membolehkannya memperolehi kira-kira RM10,000 untuk meneruskan kehidupan.

Wanns terpaksa gadai barang peribadi untuk teruskan hidup.







