PELAKON Fadlan Hazim menjelaskan hantaran yang dibuat sebelum ini seakan pembayang bakal menghilangkan diri bukan bermaksud dia mahu bersara daripada dunia seni.
Sebaliknya, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 34, perkara tersebut dibuat adalah mengenai keputusannya untuk berundur dan tidak lagi aktif menggunakan aplikasi Instagram.
“Saya rasa suasana di Instagram sudah tidak berapa kena dengan saya buat masa ini sebab saya lebih fokus kepada urusan perniagaan, menjual barang dan berkongsi tentang hobi.

Fadlan anggap Instagram tak tulus.






