BUKAN semua rumah tangga diwarnai kebahagiaan berpanjangan, malah ada kalanya pengorbanan besar sebelah pihak tetap gagal menyelamatkan sebuah ikatan perkahwinan.
Itulah nasib menyayat hati yang dikongsikan seorang suami apabila kesabarannya selama bertahun-tahun berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari demi mahu tinggal bersama keluarga akhirnya dibalas dengan permohonan cerai.
Menurut lelaki itu, dia sanggup berdepan pelbagai kepenatan fizikal hingga beberapa kali dimasukkan ke wad kecemasan dalam tempoh empat tahun pertama perkahwinan mereka kerana tidak mahu hidup berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Bukan semua suami dapat bertahan dengan isteri yang suka mencari kesalahan. -Gambar hiasan AI
"Sepanjang lapan tahun kahwin, aku sunyi sebab isteri selalu abaikan aku. Setiap hari dia pergi rumah mentua dan balik pukul 10 atau 12 tengah malam. Tapi aku yang ulang-alik 100 kilometer, pukul 4 petang dah sampai rumah.
"Apabila aku tegur dia, aku pula yang dipersalahkan. Akhirnya, demi menjaga keharmonian rumah tangga, aku juga yang selalu minta maaf," katanya.





