KEPERCAYAAN antara satu sama lain amat penting bagi memelihara keharmonian sesebuah hubungan.
Namun, sikap suka mengongkong ataupun cemburu buta terhadap pasangan boleh menimbulkan rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila ia mula mengganggu rutin harian dan tanggungjawab masing-masing.
Itulah situasi dikongsikan seorang pensyarah yang menceritakan pengalamannya menegur teman lelaki kepada pelajarnya selepas mendapati mereka sedang melakukan panggilan video ketika sesi kuliah berlangsung.

Pelajar sewajarnya memberi sepenuh tumpuan ketika menuntut ilmu agar beroleh kejayaan dalam kehidupan. -Gambar hiasan AI



