PENYANYI rap Kmy Kmo berdepan ujian berat apabila bapanya, Mohamed Azmaili Ismail kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung yang kronik.
Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 37, memaklumkan tahap kesihatan serta fungsi jantung bapanya semakin merosot selepas hampir 23 tahun bergantung kepada rawatan dialisis.
Kmy mendedahkan bapanya kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat sokongan jantung selain perlu menjalani kaedah dialisis khas berikutan keadaannya yang tidak stabil.

Hantaran Kmy di Threads miliknya.






